28 July 2012

Happy birthday girl!

A little short story from me. I hope you guys like it :)

Last wednesday, kami berbuka kat luar. Kami means aku, my bff ana atau orang panggil dia eyka, yeahhh samakan nama? Kalau orang panggil eka, dua-dua pandang. Hewhewww. Ouh aleep, kawan eyka, and also my  boyfriend. Dia tak join pun, cuma lepas buka tu baru dia datang.

Hmm kami buka dekat Tomyam Thai, alaa yang dekat bazar tu. Sebab malas nak berjalan lagi. Aku tak puasa pun sebenarnya time tu, biasalah perempuan cuti :P Okay then setiap kedai kalau order mesti dia akan hantar air dulu. So time borak-borak tu air sampai. Aku pun sembang punya sembang main tarik je air tu terus minum. Yang ana pun bengong dah nampak aku minum dia buat dang je -.- Lupa katanya. Padahal time tu tengah borak dengan dia. Herrrrrrrrr. Malu okay, taktahu lah ada orang tengok ke tak. Serius, aku ni dah lah pelupa.

Aku pun apa lagi, dia ketawa, aku pun ketawalah. Macam berjangkit pulak kan. Harharrrr. Lepastu, dah dengar azan kami pun baca doa. Yang puasa tu memang kebulur lah makan. Aku makan sikit je, sebab tomyam dia kureng sikit, lagi satu aku mintak kat brother tu mihun tomyam, tapi aku tak tahu lah dia salah dengar ke apa, dia bagi mi kuning. Aku dengan mi kuning tu dah lah tak berapa ngam. Nak makan pun tengok tempat. Hah sekali makan hamik kau dah sakit perut. Lama kot dia punya effect :( Dekat 2hari aku tahan sakit, and finally hari jumaat dah hilang sakit tu. Alhamdulillah. For sure, aku tanak lagi datang kedai tu.

Tak lama amey datang, aku dengar fone aku bunyi, dia tanya kat mana. Aku saja replay lambat. Aku pusing belakang tengok dia lepak kat table belakang. Tak tahu lah member dia ke apa. Malas nak tanya. Zzzzzzzzzzzzzzzzzzzz.

Lepastu amey datang duduk sebelah aku, aku suruh dia makan, sebab masa sebelum buka, macam-macam nak makan. Sekarang kau makan sampai habis, aku tak kira :P Dah makan tu blah lah kan apa lagi. Kitaorang berpecah ana, member dia dengan aleep. Aku dengan dia. Biasalah orang bercinta, takan nak ganggu pulak kan :P Lalu kat nasi lemak world sebab dia parking kereta kat situ. Ada lagi kawan-kawan dia. Ramainya kawan kau ni -.- So, macam biasalah aku dengar suara-suara kambing "Hoi, awek ke?" "Gatal eh" "Dah pandai eh" part gatal tu aku dah gelak-gelak dah. Then dia jawab "Eh, akak aku lah" ouh saya ni akak awak eh? Okay foineeeeeeeeeeeeee. Takpe-takpe.

Dah sampai kat kereta terus parking kat tepi km. Jalan-jalan cuci mata kat km. Lepastu sampai kat kedai apatah namanya, cari-cari hadiah untuk ana. Fyi, hari rabu tu hari jadi dia :) Tapi semalam dia fever. Kesian birthday girl demam eh :/ Cari-cari macam takde yang dia suka je. So pusing lah satu kedai tu sekali amey nampak tempat cawan-cawan. Kat cawan tu dia tulis tarikh birthday, nasib ada 25July. Fuhhhhhhhhhhh nasib. Then aku terus text ana, tanya kat mana, dia kata kat tutti frutti. Hamboi mentang-mentang baru bukak menghala ke situ je eh? Haha. Tak lama tu pergi lah kat depan km tetiba aku nampak aleep. Of course lah ana ada sekali. Aku terus bagi present tu kat dia. Hewheww caweeetttt nyewwwwwwww :P Dia nak nangis tau. Haha leklah jangan nangis nanti aku nangis jugak :(

Hah apa lagi, dah dapat present tangkap gambarlah. Ana suruh amey snapkan gambar aku dengan dia. Tetiba amey cakap macam ni "Eh, dia focus kat perut lah" Siapa lagi kalau bukan perut aku. Grrrr. You know what i feel? Aku rasa macam nak cubit-cubit je mulut dia tu. Buat malu aku je -..- Dah tangkap gambar tu amey terus hantar aku balik. Masa tu dah pukul berapa dah. So baliklah. Aku kata kat dia "Awak, jangan bawak laju-laju tau" dia kata "Iyeeee" Hehewwwww. And for me, tu lah date paling best sekali :P Tatatatataata!

21 July 2012

First Ramadhan!

Assalammualaikum......

Pejam celik, pejam celik dah puasa pun hah. Happy sebab dapat buang lemak kat perut, peha dan lain-lain. Penat pulak bila balik sekolah nanti. Mesti nak pergi dapur je keje. Harhar. Okay amey marah aku ketawa macam tu. Macam orang semput. Whateverlah :P

Korang puasa tak hari ni? Kalau perempuan mestilah ada excuse kan? Sebab perempuan ni special sikit. Hihihi. Tapi kalau lelaki yang tak puasa tu ada masalah sikit. Hahahaha.

Okay memandangkan bulan puasa ni cuma ada 30hari daripada 365hari, mesti perkara-perkara macam ni korang akan buat pada hari pertama berpuasa :

1. Bangun pagi, cuci muka terus pergi dapur dan buka peti ais.
2. Termakan atau terminum dengan tak sengaja.
3. Pegang perut, sebab dah berbunyi-bunyi.
4. Tengok jam dan kira berapa jam, minit dan saat lagi nak berbuka.
5. Pukul 8pagi dan fikir nak beli apa kat bazar nanti.
6. Time buka, pastikan ada 4 gelas air, yang terdiri daripada air mineral, soya, cendol dan ribena.
7. Kurma tak ada pun takpe, janji makanan kesukaan ada.
8. Tv, laptop, handphone, psp, kucing menjadi peneman.
9. Pesan dekat mak, masak banyak-banyak.
10. Buat status "Laparnya :(" dekat facebook atau twitter.

Betulkan? Sebab aku pun ada mengalami situasi macam kat atas tu. Normal lah. Ouh btw, bulan Ramadhan ni lah masanya untuk menambahkan pahala. Kita pun bukan sempurna mana, tapi setiap manusia tu sentiasa diberi peluang untuk memperbaiki kelemahan diri :)

2 July 2012

Muntah -.,-

Assalammualaikum....

Aku tak tahu nak mula dari mana ni sebenarnya. Hihikk. Tadi perhimpunan cikgu ada bagitahu yang hari ini ada rehearsal untuk hari sukan. Untuk yang terlibat sahaja. Mestilah badan beruniform pun terlibat sama.

Bermulalah ceritanya....

Tepat 8.30 aku dengan classmate aku, Mai turun pergi ke padang. Ramai orang, tapi budak-budak kawad pbsm takde lagi. Tunggu punya tunggu macam kitaorang je yang wujud -.- Tak lama lepastu adalah 2, 3 orang yang turun. Berapa kerat je hah, 10 orang pun tak sampai. Takpe pbsm memang macam ni. Hehee. Then cikgu suruh beratur macam budak tadika tu, ikut persatuan masing-masing.

Panas gila kot time tu. Aku tak larat dah sebenarnya, pura-pura je larat -.- Lepastu berarak pergi tengah-tengah padang. Puihhh malu Allah je tahu. Dah lah kitaorang paling last sekali. Hmmm terpinggir je rasa hah. Dengar ikin cerita, pot pet pot pet. Dari ngantuk terus segar jadinya. Aku suka orang yang peramah ni. Hihikk.

Naik rehat aku terus pergi kantin dengan Mai. Dia puasa, lepastu boleh ajak aku pergi kantin nak minum air. Tak tahan katanya penat. Sian dia. Aku makan nasi goreng je. Then naik kelas, tiba-tiba je kepala ni rasa pening sangat. Waktu tu pulak add math, hmmm tak jadi apalah. Aku cakap dengan myra, kepala aku sakit, dia tolong carikan minyak angin. Dah sapu tapi still pening lagi. Alyn pun tolong urut kan dahi aku. Alahai lembut je dia urut, kalau akak aku yang urut, macam nak bunuh orang -.-

Subject last sekali LK. Masa nak turun bilik lk tu, aku bagitahu alyn yang aku nak muntah, so kitorang pergi tandas. Aku jalan sepantas kilat tau. Haha tipu je :D Okay sampai tandas, hah amik kau, muntah. Sakit sangat kepala time tu. Berdenyut-denyut, Allah je yang tahu. Lepastu terus gerak pergi bilik lk. Dah sampai tu, aku terus terduduk. Orang lain sibuk siapkan kerja khusus lk, aku mampu duduk je. Hmm. Aku tak larat sangat dah.

Then, time cikgu tengah ajar, aku rasa something kat tekak. Mual gila, baru nak bangun ni, tetiba........... okay sekali lagi aku muntah. Ya Allah malu sangat. Nasib classmate aku je dalam kelas tu. Hmm myra teman aku pergi tandas. Alyn pun teman jugak, tapi dia kena tolong bersihkan aku punya spaghetti tu, haha sian sayang aku tu. Sorry tau alyn :( Disebabkan tandas terlalu jauh, aku pergi surau je. Sebab dekat sebelah bilik lk je surau tu. So basuhlah apa yang berkenaan tu kan. Ouh btw handkerchief fabret aku tertinggal kat surau tu. Haihhh.

Then masuk bilik tu aku tengok spaghetti dah hilang, bersih dah. Haha siapa yang tolong bersihkan tu terima kasih sangat okay :D Then time nak balik tu aku rasa lagi benda yang sama. Okay for the third time aku muntah, nasib bukan dalam bilik tu lagi. Hmm and aku rasa lega sikit lah. Balik rumah ngadu dengan akak. Tapi dia buat dang je. Sabar jelah. Petang tu lepas makan ubat, terus tido sampai 7.30 tak silap. Mandi-mandi, text darling kita. Hewhewww. Siap-siap pergi hospital, dah check semua, doctor kata okay, then dia bagi surat cuti. Sehari je :( Hmm terima jelah. Aku perlu rehat yang cukup untuk kepala aku ni. Cepat baik yaa -.,-

23 June 2012

Buang lemak -.-

Assalammualaikum...

Pagi-pagi lagi mak aku dah kejut suruh bangun. Aku cuma bukak sebelah mata je. Almaklumlah hari cuti nak pulak bangun pagi-pagi kan. Aku sambung tidur balik. Adalah dalam setengah jam. Lepastu mak aku punya dengki dia bagi aku kucing, sitam. Aku dah lah pantang dengan kucing ni, lagi-lagi yang kiut bapak macam sitam ni kan. Haha aku pun bangun lah, cium-cium dia. Cium punya cium aku tengok jam dah pukul 7.30. Alamak aku terlupa nak kejut sayang aku bangun. Aku ni kalau tidur memang tak ingat satu apa pun. Jam lonceng jelah boleh diharapkan. Maaf ye sayang? :(

Hmm aku tanyalah kenapa mak kejut aku awal-awal ni, mak kata nak pergi mendaki. Mendaki? Aku sebenarnya malas nak pergi, nanti balik mesti penat. Hw pun tak siap lagi. Hmm tapi fikir-fikir balik baik pergi jelah, lagipun dah lama tak mendaki ni. Aku pulak kalau dah mendaki tak boleh stop, nanti makin penat. So aku jalan jelah sampai aku rasa kaki ni dah lenguh sangat baru aku stop. Lepastu dah sampai lah dekat SELAMAT DATANG. Memang sampai situ jelah, nak naik puncak tak larat. Haha tapi aku sampai dulu tau. Adalah 20min nak tunggu mak aku ni hah.

Lepas aku sampai, tak lama lepastu akak aku dengan member dia pulak sampai. Actually, kita orang berempat. Tapi bila time mendaki semua tak nampak bayang. Hihi duduk-duduk hilangkan penat. Orang terakhir sampai mestilah mak aku. Sempat tidur tau tunggu dia -.- Then balik lah apa lagi. Masing-masing muka main peranan. Macam mendaki gunung Everest pulak, padahal gunung lambak je. Haha. Balik rumah mak terus je masak. Dah tak tahan perut lapar ni -.- Mendaki tak seberapa, bila part makan berapa pinggan tah melantak. Siapa suruh masak sedap sangat. Hihik okay aku nak pergi mandi. Bau kambing dah ni. Tata :)

10 May 2012

Examination

Fuhhh... macam nak tercabut jantung aku kalau cakap pasal exam. Nanti ada je benda yang tak kena dengan aku... Mulalah nak cari pasal je kerjanya. Hehee... Okay jenis aku kalau dah start exam, esuk nak exam malam tu baru study hard gila-2. Sebab aku jenis cepat lupa T.T Betul. Mesti nak kata aku ni slow kan? Okay memang mintak kaki lettew. Hari ni paper math, serius aku ni bukan pandai sangat bab kira mengira ni. Math dah susah macam ni, lagikan addmath :O Paper 1 memang jahanam, ranap, punah errr memang susah nak mampus tapi paper 2, Alhamdulillah aku boleh buat. Sebab banyak guna kalkulator. Orang lemau macam aku pun reti buat. Kikikih So, aku hope cikgu Noreta yang tanda paper aku tu biarlah dalam keadaan sihat, tak marah-2. Eh cikgu? Hahaa... Hmm tadi cikgu Linda kata ada buat kawad lagi untuk apa aku tak sure, tapi memang baguslah. Aku pun tengah gila nak kawad lagi ni. Nak kumpul markah koko banyak-2 :) Koko penting tau. Hari isnin sejarah. Boleh drop tak cikgu? Otak saya rasa pening kalau dengar pasal sejarah. Ahh mengadalah kau ni. Tahun ni je pening tahun depan kau dah tak pening dah. Okay thanks cikgu T^T Macam manalah time SPM nanti. Hmmmm... harap-2 bolah buatlah kan? Aminn....

21 March 2012

Result.

Hai assalammualaikum. Hari ni keputusan sijil pelajaran malaysia keluar. So memang dewan sekolah aku dipenuhi orang. Yang tak ada kena mengena pun sibuk nak tayang muka. Macam aku xD bagi budak-2 spm last year, aku nak ucapkan tahniah kat korang. Macam-2 situasi aku nampak, ada yang tersengih sampai ke telinga, ada yang ketawa sambil tersedu-sedu. Eh ada eh? Whatever -.-

Time aku nak tengok budak-2 ni amik result, aku pulak yang berdebar-debar. Macam aku yang amik result, sedangkan aku cuma nak datang tengok je. Yang nak tengok pun dah berdebar, apatah lagi orang yang nak amik nya kan? Giliran mereka dah tamat. Sekarang tinggal giliran aku untuk amik result macam diorang. Hmm apa perasaan weh?

Bagi aku, aku berterima kasih kat cikgu sebab bagi peluang nak tengok diorang semua amik result. Sebab, tiba-2 je timbul perasaan nak belajar sungguh-2 tu. Kalau tak, asyik berfacebook je. Bak kata my mom -.- Enough lah dengan result pmr yang tak berapa nak memuaskan tu. Tak akan lah nak ulang perkara yang sama kan? Ya, memang nasi dah jadi bubur. Tapi siapa yang buat nasi tu sampai menjadi bubur kalau tak diri sendiri. So, tepuk dada tanyalah selera nak makan apa. Hehe.

Tadi aku meet kawan lama aku. Dia dah pindah. So saja tegur and tengok result dia. Not bad, dalam hati "pandai jugak budak ni" Ni lah aku. Suka sangat buat andaian, Herr don't judge a book by its cover. Tanam dalam diri untuk belajar sungguh-2 supaya tak menyesal di kemudian hari :)

10 March 2012

A Thousand years :')

  • Heartbeats fast
  • Colors and promises
  • How to be brave
  • How can I love when I'm afraid to fall
  • But watching you stand alone
  • All of my doubt sunddenly goes away somehow

  • One
  • Step
  • Closer

  • I have died everyday waiting for you
  • Darling don't be afraid I have loved you
  • For a thousand years
  • I LOVE YOU FOR A THOUSAND MORE

  • Time stands still
  • Beauty in all she is
  • I will be brave
  • I will not let anything take away
  • What's standing in front of me
  • Every breath
  • Every hour has come to me

  • One
  • Step
  • Closer

  • I have died everyday waiting for you
  • Darling don't be afraid I have loved you
  • For a thousand years
  • I LOVE YOU FOR A THOUSAND MORE

  • And all along I believed I would find you
  • Times has brought your heart to me
  • I have loved you for a thousand years
  • I LOVE YOU FOR A THOUSAND MORE

  • Sayang, lagu ni special buat awak seorang je tau. Eka type untuk awak. Hihiwww. I LOVE YOU. Tata titu titi :)

15 February 2012

Nobody Perfect.

Assalamualaikum. Hai nak cerita sikit ni. Apa korang buat kalau ada org tak puas hati dgn korang? Tampar? Amboi ganas nya. Buat nya teleng org tu hah -.- Okay kalau aku, aku sabar selagi boleh. Tapi sabar pun ada had jugak kan? Hmm entah lah. Aku ni ego tinggi. Tapi dalam ego tinggi tu ada sabar nya, ada baik nya. Kan? Aku cerita dekat mak, "Mak, kalau ada org tak puas hati dgn kita, kita nak buat apa eh?" Then simple je mak aku jawab. "Kita anggap je dia belum matang" Hasilnya? Woah :D Aku buat apa yang mak aku kata. And last2 org tu malu sendiri :) Kalau ada prob aku banyak cerita dekat mak, selain amey, eyka, saffa. Mereka ni org kanan aku. Tempat aku berteduh, menangis, meraung, ketawa sampai lebam, manja-2, berkongsi kasih sayang, dan banyak lagi :') Kalau tak ada mereka ni, aku boleh gila -.- Dah malas nak type. Yang ikhlas, Mikhaila. Bye muah :*

11 February 2012

Kenapa?

Kenapa aku cepat terasa? Kenapa aku senang keluar kan air mata? Kenapa aku selalu dijauhkan dengan org yang aku sayang? Kenapa? Kenapa? Kenapa? Kadang-2 hati ni selalu nak menang. Ya, ego aku memg tinggi. Sgt tinggi. Aku tak boleh dekat dgn org yang aku rasa dia tak sesuai dgn aku.

Aku bukan jenis suka hipokrit. Lantak lah org nak kata apa pasal aku. Aku bahagia dgn kehidupan aku sekarang. Ada mom yang sgt caring, sgt baik, dan terlalu sayang kan aku. Ada abg yang superb walaupun kadang2 menyakit kan hati. Err sorry to say bro :) Ada kakak yang power root walaupun aku rasa mcm nak pukul dia sampai masuk ICU. Hihiww. Ada buah hati yang selalu ambil berat pasal aku, selalu ingat kan aku suruh makan, mandi, padahal benda tu basic kan? Tapi aku boleh lupa -.- And ada kawan tempat aku untuk meluah kan perasan yang selama ni aku pendam. See? Bahagia kan? Bahagia sgt.

Tapi aku malas nak tunjuk yang aku ni bahagia. Kita senang sayang org, dan kita mudah benci org. Aku sama mcm org lain. Ada hati, ada perasaan. Aku tak mudah benci org. Tapi, jgn sentuh aku kalau aku tak sentuh kau. Aku baik kalau org pun baik dgn aku. Untuk awak KAWAN. Saya tak pernah benci awak walaupun awak rasa saya ni selfish tapi itu sebenarnya bukan saya. Saya sayang semua kawan saya termasuk awak. Walaupun awak dah ada kawan baru. Saya hope awak jaga dia mcm mana awak jaga saya. Saya tetap anggap awak bestfriend saya walau awak dah tak anggap saya kawan awak lagi. Thanks and goodbye :)

9 February 2012

Kiri kanan dan kiri.

Assalamualaikum guys :)

Hihiww. Nampak tak title yang agak mengerut dahi tu? Okay actually aku dah join kawad. Hehe. Org lain dah lama tahu aku baru terhegeh tgk kiri kanan mcm mana nak buat itu ini. Goshhhhhh -.- Hmm aku kata dekat my mom yang aku join kawad dia kata baguslah. Tapi aku tak join kawad kadet polis. Aku murtad T.T Join pbsm. Aku tak join polis sebabnya aku tgk ramai sgt yang join. Nanti mesti kena tendang -.- Ingat aku bola eh? Pfftttttt. Then aku ambil keputusan g je pbsm. My yayang semua join pbsm. So tak ada lah aku terdiam terpaku tersipu2 pulak nanti. Hahaha. Act kan best masuk kawad ni. Tension, boring semua automatik hilang. Aku je yang jakun mcm apa. Kulit jgn kata lah. Memg dah sama dgn budak india class aku. Tak apa lah berkorban sikit. Hehe. Tapi penat semestinya lah. Dgn hw yang berlambak lagi. Korg kena struggle lebih sikit. Baru lah dapat hasilnya. Tak gitu cik minah :D Okay meleweh. Sorry lah agak busy untuk beberapa hari ni. Blog pun dah naik bersawang dah. Tipu? Memg lah -.- Okay that's all for now. Goodbye and ily. Bye :)

26 January 2012

No Caption.

Hai hai. Semalam aku keluar dgn sigila1 sigila2 sigila3. Dan banyak lagi -..- Okay semalam act aku malas nak kuar pun. Tapi kerana dipinta oleh eyka aku pun cair dgn pujukan nya. Haha kan gila? Jumpa sigila 4. His name is Aleep. Tak sempat nak bergambar lah. Aduhaipun. Lepak lah dekat kfc. Perut pun dah berjoket2 -_____- Huh lepas je makan kitorg decide nak jalan2. Aku ni memg tak reti nak duduk diam T.T So pergi lah tawaf satu kp then lepak kat luar kp. Duduk2 kejap, amik gambar. Aku yang tukang amik. Haha benci betul kalau aku yang amik kan? "Dia ni amik gambar tak reti focus sial" Kata si gila 3 -.- Cibett kau. Haha. Okay then time tu si gila 4 dah angakt kaki sebab dia kata bosan. Yeah aku akui itu. Tinggal lah kami berempat. Dah nak balik tu terus singgah taman. Alaa taman depan bcb tu. Hah apa tah nama nya. Aku main hembus je -.- Amik gambar lagi. Woah best nya hidup. Aku memg malas nak snap pic dorg. Ada je mengutuk. Pakiu :D Kayy berikut adalah beberapa gambar yang diperolehi oleh saya. Enjoy it!



                                    Sigila 1/Eyka :)

                                     Sigila 2/Gemuk :)

Sigila 3/Ejat :)


Comel kan mereka2 ni? Yeah i know it. Kbai.


18 January 2012

Sijil Pelajaran Malaysia

                                                                           


Dia datang tanpa henti. Dia datang tanpa jemu. Dia datang tanpa alasan yang kukuh. Spm? Yeah you right. Tujuan dia datang untuk menyedarkan bagi para pelajar tingkatan 5 bahawa peperiksaan yang paling digeruni sudah hampir tiba. Ayat bm? Pegi lantak            -____- Tak takut ke nak spm? Takut woah. Walaupun ianya bukan orang yang memakan orang tapi takut tu Allah je tahu. Aku tahu kenapa aku takut. Sebab? Takut tak dapat score. Tak dapat capai impian aku. Tak dapat happy kan my mom :( A lot of reasons. So from now on, i tried to improve my weakness. Belajar sungguh-2. Nak berjaya macam orang lain. Tak nak main-2 dah. Insyaallah :)

15 January 2012

5 months ♥

Nampak tak tu? 5 bulan tu apa? Hehe. Kita dah 5 bulan dgn dia. Macam tak pecaya je. Aku tak sangka boleh lama macam ni. Means dia lah lelaki yang paling lama aku coup after si tutttt tu. Okay buat apa cerita pasal dia kan? Tak penting langsung -__-

Sayang malam ni tepat pukul12 kita 5bulan :') Pecaya tak? Mesti lah pecaya. Apa lah aku ni. Hehe. Okay saya hope relay ni kekal sampai bila-2 pun tau. Awak dah janji semalam kan? Lupa? Yang dalam kereta tu apa? Aku sekeh kau nanti -__-

Happy dengan awak. Suka dengar suara awak. Awak je yang banyak paham eka selain eyka. To both of you. I loveyou so much. 16/08/2011 :)

13 January 2012

17th years old ✫

Why 17th? Kita dah 17th lah tapi tak genap. Hehe. Macam tak pecaya je. Tehee. Dah dewasa tapi keanakan je -__- Dulu time aku form1 tak berani langsung nak angkat muka tgk budak form5. Sebab mereka senior dan aku pulak junior. Aku ni kalau tgk org macam nak makan. Tapi sebenar nya tidak. Aku memg suka tgk perempuan cantik. Suka sgt. Aku suka tgk muka akak-2 form5 6 sampai tak berkelip. Haha. Nanti mula lah dorg perasan macam aku ni tak puas hati pulak kan. 

Waktu aku form1 jugak aku teringin nak jadi macam dorg. Jadi senior kat sekolah. Kalau aku terlanggar budak-2 junior pun, dorg sendiri yang mintak maaf. Padahal aku yang langgar. Haha bede -__- Then sekarang bila dah form5. Perasaan nak jadi taiko tu dah hilang sebab malas nak cari pasal. Pergi sch pun skema je, watlek dah. Nak belajar rajin-2. Nak berjaya. Nak ada kerata sendiri. Nak bangga kan nama mom and abah. Nak cari suami kaya. Haha yang itu tipu je. Aku bukan nya mata duitan okayy -__- Cuma dunia sekarang ialah dunia duit. Semua nya duit. Tak ada duit tak adalah segalanya. Cukup lah sekadar cukup makan minum, pakaian, tempat tinggal. Janji anak-2 aku nanti tak lah makan pasir. Haha okay kenapa pasal anak pulak aku ni -__-

Okay pada junior-2. Masa yang ada sekarang ni cuba hargai. Jgn buang masa dgn benda yang boleh rosak kan diri korg. Belajar sungguh-2. Aku cakap sebab aku dah lalui zaman korg. Zaman ponteng class, ponteng sembahyang kat sch, tak buat kerja. Enough lah semua tu. Nanti bila dah dpt result SPM baru lah rasa nak menangis, nak meraung, nak bunuh diri, nak renyok kan result tu. Sebab apa?  MENYESAL SANGAT SEBAB TAK BELAJAR RAJIN-2. Itu lah yang korg akan cakap. Think nicely. Assalammualaikum  :)

12 January 2012

Walaupun dan Tetapi.

Walaupun hari tak selalu cerah,
Tetapi sayang saya pada awak tak pernah berubah :)

Walaupun ada yang lebih cute dari awak,
Tetapi awak tetap yang terbaik :)

Walaupun saya seorang yang degil,
Tetapi awak seorang je yang memahami :)

Walaupun hubungan kita bergelora seperti air di lautan,
Tetapi awak tetap yang pertama bagi saya meskipun banyak dugaan :)

Walaupun saya tidak sesempurna Paris Hilton,
Tetapi awak menyayangi saya lain dari yang lain :')



11 January 2012

Nothing -___-

Hai Assalammualaikum.

Arghhh! Tak ada mood nya. Apasal ni -__- Grr! Apa aku buat semua nya tak kena. Cibett. Sumpah tak ada mood. I miss him :( Bila awak nak balik sayang? Kita rindu sgt kat awak ni :(  Padahal baru semalam dia pergi. Hmm.

9 January 2012

I'll miss you :')

Hai Assalammualaikum.

Hari ni 10/01/2012 kan? Ye tahu -___- Hari ni buah hati kita sambung belajar ^___^ Nampak happy ke? Tak! Allah je tahu. Hmm. Belajar rajin-2 okay sayang? Kita pun nak SPM. Grr. Sama-2 kena bekorban kayy? Hehehe. Hmm awak tamau gedik-2 kat sana tau. Aku sepak kau nanti sesia je hah :D And jaga diri -___- Kau tu kalau sakit suka diam-2 je kan? Makan ubat. Jgn sibuk nak pikir eka ni. Pandai lah eka jaga diri. Kita tak lari mana pun. Ada je kat sini. Hmm ye lagi satu iteww rindukan awak busuk :( Dulu boleh lah jalan-2 kuar. Tapi sekarang? Impossible -___- Mesti ramai awek kat melaka tu. Pehh sikit tak jeles aku :( Jgn curang tau? Kita pecaya janji awak tu. Kita pun janji tak curang. Even ada eyka yang selalu jaga kita ni. Kan eyka? Hehehe thanks partner. Sunshine, I love you 

6 January 2012

Morning to all bloggers -_____-

Hai Assalammualaikum :) Morning semua. Hahaha aku semangat betul aku nak update blog -.- Okay hari ni sabtu kan? Ye aku tahu. Best lah bgn late kan. Hari ni banyak nak buat. Dgn hw lagi, dgn nak kemas-2 buku yang tak diperlukan lagi. Okay bersepah radah bilik aku -__- Baju sch pun tak basuh lagi. Lekk lu esuk ada kan? Hehehe. Okay korg dah mandi ke? Belum? Samalah dgn aku. Give me five sikit :D Hihihi korg dah bf? Kalau aku pagi-2 dah bf. Perut aku ni senang kena attack. Better makan lah cepat-2. Hehehe. Okay hari ni banyak nak story. Tapi tak tahu nak story dari mana -.- Maybe next time aku story kayy? Alaa :( Jgn lah merajuk tak omeyy tau. Hihihi KBaii.

Hello '_'

Hai Assalammualaikum :) Okay hari ni genap 3hari aku sch. Ada aku kesah? Tak suruh kau kesah pun -.- Look, dan 3hari jugak lah aku pegang jawatan as SU. Tak tahu SU tu apa? Setiausaha lah. Haihh. Okay ada yang best dan ada yang tak best. Yang best bila aku buat jadual bertugas. Sukahati aku lah nak letak nama sape-2 yang kena sapu sampah, lap cermin, susun meja kerusi dan lain-2. Time part tu memg aku suka. Hihihi. Yang tak best bila semua benda yang sepatutnya tak ada dalam list kerja aku, aku patut buat. Apa ni derr? Agak lah sikit. Kang aku resigns kang baru tahu :D Hihihi. Sesiapa yang bercita-2 nak jadi SU tu tolong lah pikir dua tiga kali. Penat woahhh -.- Okay tak baik mengeluh. Hehehe hope mereka hargai jasa dan pengorbanan aku. Err ayat mati aku bagi '_' Tehee. That's all for now. KBaii. Muahhh sikit :*

4 January 2012

Kerek nya -.-

Hai Assalammualaikum :) Hari ni tak tahu nak update pasal apa. Hee tangan ni gegedik pulak kan? Biarlah blog iteww suka hati iteww lah. Okay tu bukan yang aku nak cite '_' Err siapa yang kerek ni? Okay dia ialah cikgu baru aku untuk subject ******* Sumpah memg kerek gila -.- Aku tahu lah kau punya speaking memg superb tapi beragak sikit lah cikgu oi. Cikgu lain okay je. Lagi power dari kau. Hahaha. Okay tadi aku late masuk class sebab nak buang segala kekotoran ditandas. So lambat lah aku masuk. Aku ingat tak ada cikgu for this subject memandang kan cikgu yang patut ajar kitaorg dah pindah or sambung belajar rasanya. Whatever -.- Tetiba aku dengar ada suara cikgu garang kat class aku. Ahh sudah! Aku pun ketuk pintu dengan muka yang yek-2 then terus duduk. Tetiba je cikgu tu stop bersyarah dan tgk aku, myra and alyn. Mampus! Mesti nak kena marah ni D: Sekali memg betul. Huhhh act memg lah salah kitaorg. Tapi atleast aku dah ketuk pintu tapi dia yang tak pandang. Salah aku ke? Okay tak apa -.- Aku terus blur kat situ. Haihh untung lah budak class aku dapat cikgu mcm dia. Thanks cikgu -.- KBaii

:')

Hai Assalammualaikum :) Kenapa hati aku sayu ni? Hmm mood tak berapa baik je. Haihh. Kenapa dgn aku ni -.- Okay first maybe pressure nak SPM Ramai sgt bagi aku harapan. Aku takut tak dapat target :( Hmm second lepas ni maybe dah jrg onl, handphone pun tunggu masa untuk berehat dalam tempoh yang agak lama -.- And third ni yang paling aku tak sanggup. Dia nak g sambung study :'( Mulut cakap okay je. Tapi hati tak sanggup nak lepas kan dia g belajar. Tapi siapa lah aku ni -.- Tu masa depan dia. Masa depan aku pulak entah macam mana. Words yang aku tak boleh lupa 'Awak belajar lah rajin-2. Buat betul-2 SPM ni nanti exam saya nak awak lupakan saya buat sementara' Bederai air mata aku :'( Aku tahu lupakan dia just for a while tapi aku tak boleh. Kita nak dia bagi kita semangat tapi dia suruh kita lupakan dia pulak. Ngada tau awak ni :( Hmm and bout SPM tu aku dah tekad nak buat yang TERBAIK. Hanya mampu berdoa dan belajar sungguh-2 demi masa depan aku. God willing :') KBaiiii

#BanyaknyaperkataanSPM -.-

Come back to school

Hai Assalammualaikum :) Hari ni hari pertama aku sekolah bagi tahun 2012 ni. Yeahh aku form5 dis year. Ramai yang ingat aku dah habis sch disebabkan faktor ketinggian aku. Hahaha. Macam tak caye dah naik form5. Dah tak boleh nak main-2 dah. Hmm mom always bagi nasihat kat aku. Belajar rajin-2 sungguh-2. Dah tak ada masa nak ngadap binatang ni lagi. Okay nak tak nak kena lah ikut kata dia kan. Dia segalanya buat aku :')

Tadi kat sch masuk class je dah chopp-2 meja kerusi. Macam org gila. Haihhh lagi2 saffa. Tehee sory geng :D Okay then cikgu class aku dengan segera nya terus memilih siapa yang layak untuk memegang jawatan tertinggi di class. Okay ayat BM -.- Act aku nak jadi penolong. Tapi myra pulak kebas. Hee. Sekali aku dapat SETIAUSAHA. Oh my Allah! Aku paling tak suka sekali setiausaha! Leceh siaaa. Buat ini buat itu. Macam kuli aku rasa. Huhhhh! Terima je lah. Okay foinee aku memg suka -.- Hmm hari ni just 2 subject je yang kitaorg belajar. Physics and Chemistry. Yang ajar cikgu china. Dua-2 cikgu ni kesayangan budak class aku. Kan kan kan? Tehee. Okay aku rasa dah penat nak type ni. Mata dah ngantuk. Hee kBaii ;)

3 January 2012

Haiiiiiiiiiiiiiiii :D

Nampak tak gedik tu? Hehe. Kita baru buat blog ni. Follow kayy. Thanks. Kbaiiii. Muahhhhhhhhhhh sikit :D