2 July 2012

Muntah -.,-

Assalammualaikum....

Aku tak tahu nak mula dari mana ni sebenarnya. Hihikk. Tadi perhimpunan cikgu ada bagitahu yang hari ini ada rehearsal untuk hari sukan. Untuk yang terlibat sahaja. Mestilah badan beruniform pun terlibat sama.

Bermulalah ceritanya....

Tepat 8.30 aku dengan classmate aku, Mai turun pergi ke padang. Ramai orang, tapi budak-budak kawad pbsm takde lagi. Tunggu punya tunggu macam kitaorang je yang wujud -.- Tak lama lepastu adalah 2, 3 orang yang turun. Berapa kerat je hah, 10 orang pun tak sampai. Takpe pbsm memang macam ni. Hehee. Then cikgu suruh beratur macam budak tadika tu, ikut persatuan masing-masing.

Panas gila kot time tu. Aku tak larat dah sebenarnya, pura-pura je larat -.- Lepastu berarak pergi tengah-tengah padang. Puihhh malu Allah je tahu. Dah lah kitaorang paling last sekali. Hmmm terpinggir je rasa hah. Dengar ikin cerita, pot pet pot pet. Dari ngantuk terus segar jadinya. Aku suka orang yang peramah ni. Hihikk.

Naik rehat aku terus pergi kantin dengan Mai. Dia puasa, lepastu boleh ajak aku pergi kantin nak minum air. Tak tahan katanya penat. Sian dia. Aku makan nasi goreng je. Then naik kelas, tiba-tiba je kepala ni rasa pening sangat. Waktu tu pulak add math, hmmm tak jadi apalah. Aku cakap dengan myra, kepala aku sakit, dia tolong carikan minyak angin. Dah sapu tapi still pening lagi. Alyn pun tolong urut kan dahi aku. Alahai lembut je dia urut, kalau akak aku yang urut, macam nak bunuh orang -.-

Subject last sekali LK. Masa nak turun bilik lk tu, aku bagitahu alyn yang aku nak muntah, so kitorang pergi tandas. Aku jalan sepantas kilat tau. Haha tipu je :D Okay sampai tandas, hah amik kau, muntah. Sakit sangat kepala time tu. Berdenyut-denyut, Allah je yang tahu. Lepastu terus gerak pergi bilik lk. Dah sampai tu, aku terus terduduk. Orang lain sibuk siapkan kerja khusus lk, aku mampu duduk je. Hmm. Aku tak larat sangat dah.

Then, time cikgu tengah ajar, aku rasa something kat tekak. Mual gila, baru nak bangun ni, tetiba........... okay sekali lagi aku muntah. Ya Allah malu sangat. Nasib classmate aku je dalam kelas tu. Hmm myra teman aku pergi tandas. Alyn pun teman jugak, tapi dia kena tolong bersihkan aku punya spaghetti tu, haha sian sayang aku tu. Sorry tau alyn :( Disebabkan tandas terlalu jauh, aku pergi surau je. Sebab dekat sebelah bilik lk je surau tu. So basuhlah apa yang berkenaan tu kan. Ouh btw handkerchief fabret aku tertinggal kat surau tu. Haihhh.

Then masuk bilik tu aku tengok spaghetti dah hilang, bersih dah. Haha siapa yang tolong bersihkan tu terima kasih sangat okay :D Then time nak balik tu aku rasa lagi benda yang sama. Okay for the third time aku muntah, nasib bukan dalam bilik tu lagi. Hmm and aku rasa lega sikit lah. Balik rumah ngadu dengan akak. Tapi dia buat dang je. Sabar jelah. Petang tu lepas makan ubat, terus tido sampai 7.30 tak silap. Mandi-mandi, text darling kita. Hewhewww. Siap-siap pergi hospital, dah check semua, doctor kata okay, then dia bagi surat cuti. Sehari je :( Hmm terima jelah. Aku perlu rehat yang cukup untuk kepala aku ni. Cepat baik yaa -.,-