28 July 2012

Happy birthday girl!

A little short story from me. I hope you guys like it :)

Last wednesday, kami berbuka kat luar. Kami means aku, my bff ana atau orang panggil dia eyka, yeahhh samakan nama? Kalau orang panggil eka, dua-dua pandang. Hewhewww. Ouh aleep, kawan eyka, and also my  boyfriend. Dia tak join pun, cuma lepas buka tu baru dia datang.

Hmm kami buka dekat Tomyam Thai, alaa yang dekat bazar tu. Sebab malas nak berjalan lagi. Aku tak puasa pun sebenarnya time tu, biasalah perempuan cuti :P Okay then setiap kedai kalau order mesti dia akan hantar air dulu. So time borak-borak tu air sampai. Aku pun sembang punya sembang main tarik je air tu terus minum. Yang ana pun bengong dah nampak aku minum dia buat dang je -.- Lupa katanya. Padahal time tu tengah borak dengan dia. Herrrrrrrrr. Malu okay, taktahu lah ada orang tengok ke tak. Serius, aku ni dah lah pelupa.

Aku pun apa lagi, dia ketawa, aku pun ketawalah. Macam berjangkit pulak kan. Harharrrr. Lepastu, dah dengar azan kami pun baca doa. Yang puasa tu memang kebulur lah makan. Aku makan sikit je, sebab tomyam dia kureng sikit, lagi satu aku mintak kat brother tu mihun tomyam, tapi aku tak tahu lah dia salah dengar ke apa, dia bagi mi kuning. Aku dengan mi kuning tu dah lah tak berapa ngam. Nak makan pun tengok tempat. Hah sekali makan hamik kau dah sakit perut. Lama kot dia punya effect :( Dekat 2hari aku tahan sakit, and finally hari jumaat dah hilang sakit tu. Alhamdulillah. For sure, aku tanak lagi datang kedai tu.

Tak lama amey datang, aku dengar fone aku bunyi, dia tanya kat mana. Aku saja replay lambat. Aku pusing belakang tengok dia lepak kat table belakang. Tak tahu lah member dia ke apa. Malas nak tanya. Zzzzzzzzzzzzzzzzzzzz.

Lepastu amey datang duduk sebelah aku, aku suruh dia makan, sebab masa sebelum buka, macam-macam nak makan. Sekarang kau makan sampai habis, aku tak kira :P Dah makan tu blah lah kan apa lagi. Kitaorang berpecah ana, member dia dengan aleep. Aku dengan dia. Biasalah orang bercinta, takan nak ganggu pulak kan :P Lalu kat nasi lemak world sebab dia parking kereta kat situ. Ada lagi kawan-kawan dia. Ramainya kawan kau ni -.- So, macam biasalah aku dengar suara-suara kambing "Hoi, awek ke?" "Gatal eh" "Dah pandai eh" part gatal tu aku dah gelak-gelak dah. Then dia jawab "Eh, akak aku lah" ouh saya ni akak awak eh? Okay foineeeeeeeeeeeeee. Takpe-takpe.

Dah sampai kat kereta terus parking kat tepi km. Jalan-jalan cuci mata kat km. Lepastu sampai kat kedai apatah namanya, cari-cari hadiah untuk ana. Fyi, hari rabu tu hari jadi dia :) Tapi semalam dia fever. Kesian birthday girl demam eh :/ Cari-cari macam takde yang dia suka je. So pusing lah satu kedai tu sekali amey nampak tempat cawan-cawan. Kat cawan tu dia tulis tarikh birthday, nasib ada 25July. Fuhhhhhhhhhhh nasib. Then aku terus text ana, tanya kat mana, dia kata kat tutti frutti. Hamboi mentang-mentang baru bukak menghala ke situ je eh? Haha. Tak lama tu pergi lah kat depan km tetiba aku nampak aleep. Of course lah ana ada sekali. Aku terus bagi present tu kat dia. Hewheww caweeetttt nyewwwwwwww :P Dia nak nangis tau. Haha leklah jangan nangis nanti aku nangis jugak :(

Hah apa lagi, dah dapat present tangkap gambarlah. Ana suruh amey snapkan gambar aku dengan dia. Tetiba amey cakap macam ni "Eh, dia focus kat perut lah" Siapa lagi kalau bukan perut aku. Grrrr. You know what i feel? Aku rasa macam nak cubit-cubit je mulut dia tu. Buat malu aku je -..- Dah tangkap gambar tu amey terus hantar aku balik. Masa tu dah pukul berapa dah. So baliklah. Aku kata kat dia "Awak, jangan bawak laju-laju tau" dia kata "Iyeeee" Hehewwwww. And for me, tu lah date paling best sekali :P Tatatatataata!